00:00Peningkatan aktiviti pengambilan untung menarik turun prestasi bursa Malaysia.
00:05Menurut firma penyelidikan Maybank Investment Bank, tekanan jualan tertumpu kepada saham-saham perbankan utama yang sebelum ini mencatatkan prestasi kukuh.
00:17FBM KLCI ditutup rendah lewat selasa selepas penunjuk teknikal RSI memasuki zon terlebih beli susulan kenaikan ke paras tertinggi baru-baru ini.
00:25Maybank IB berkata indeks penanda aras itu merosot 13.27 mata atau 0.77% ditutup pada 1,699.06 mata.
00:38Katanya antara penyumbang utama kepada penurunan tersebut adalah CIMB Group Holdings Perhat, Public Bank Perhat dan Hong Leong Bank Perhat yang masing-masing berdepan aktiviti pengambilan untung selepas fasa kenaikan mendadak.
00:50Secara keseluruhan, prestasi bursa tempatan kekal negatif dengan 786 kaunter mencatat kedugian berbanding 296 kaunter untung mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur.
01:03Menurut Maybank IB, kelemahan KLCI turut memberi kesan berantai kepada pasaran yang lebih luas apabila tiada sektor mencatatkan kenaikan pada sesi tersebut.
01:12Bagaimanapun ia berpendapat, situasi tersebut tidak membimbangkan dan dilihat sebagai satu fasa pengukuhan pasaran yang sihat selepas kenaikan baru-baru ini.
01:23Katanya kebanyakan sektor termasuk sektor pengguna, peladangan, RIT dan hartanah hanya menyusut secara berperingkat daripada paras terlebih beli sejajar dengan pergerakan teknikal pasaran.
01:34Terima kasih kerana menonton!