Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
SPRM sedang menyiasat dakwaan melibatkan isu tadbir urus korporat, perolehan serta pemilikan aset luar negara berkaitan IJM Corporation bernilai sekitar RM2.5 bilion. Melalui Op Heart, SPRM menggeledah empat lokasi termasuk premis pengurusan tertinggi syarikat dan membekukan 55 akaun bank bernilai RM15.8 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Serang jaya penjagaan rasuah Malaysia SPRM sedang menyiasat dawaan bahawa wujud isu tak biurus korporat, proses perolehan serta pemilikan aset di luar negara melibatkan syarikat IJM Corporation yang dianggarkan berjumlah kira 2.5 bilion ringgit.
00:17Menurut laporan dikeluarkan Sina Harian, pasukan penyiasat melalui Ophard telah melakukan penggeledahan di empat lokasi berasingan termasuk kediaman dan pejabat salah seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.
00:33Jelas laporan itu, SPRM turut membekukan 55 akaun bank persendirian suatu akaun syarikat berkaitan dengan keseluruhan nilai dianggarkan sekitar RM15.8 juta.
00:44Siasatan SPRM turut tertumpu kepada usaha mengesan serta menyita aset lain yang dipercayai diperolehi melalui kegiatan pengubahan wang haram.
00:54SPRM memaklumkan setakat ini sembilan rakaman kenyataan telah direkodkan termasuk dua daripada pihak pengurusan tertinggi IJM Corporation.
01:02Sementara itu, menurut Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
01:19Pada 19 Januari lalu, bahagian operasi khas SPRM bertindak menyiasat dua individu daripada pengurusan tertinggi IJM Corporation.
01:28Manakala semalam, SPRM memaklumkan sembilan individu telah dirakam keterangan termasuk dua pihak berkepentingan bagi membantu sasatan berhubung dawaan penglibatan syarikat itu dalam skim pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion.
01:42Terima kasih kerana menonton!

Recommended