Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney turut menyatakan sokongan terhadap kedaulatan Denmark ke atas Greenland, selain menegaskan Kanada mahu memperkukuh kerjasama baharu dengan negara yang sehaluan ketika berdepan hubungan yang semakin rumit dengan pentadbiran Trump di Washington.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Canada menjanjakan bantahan keras terhadap sebarang tarif Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan hasrat Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Greenland.
00:09Perdana Menteri Canada, Mark Carney berkata, Ottawa menolak tindakan mengenakan tarif sebagai tekanan politik dan menggesa rundingan yang lebih fokus demi mencapai matlamat bersama di rantau Artik.
00:30Our commitment to NATO's Article V is unwavering.
00:42So we're working with our NATO allies, including the Nordic-Baltic Gate, to further secure the alliance's northern and western flanks,
00:51including through Canada's unprecedented investments in over-the-horizon radar, in submarines, in aircraft and boots on the ground, boots on the ice.
01:04Canada strongly opposes tarif over Greenland and calls for focus talks to achieve our shared objectives of security and prosperity in the Arctic.
01:15Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Tahunan World Economic Forum WEF di Davos, Switzerland.
01:22Trump pada Sabtu lalu mengumumkan tarif ke atas import daripada sekutu Eropah yang menolak keinginan Amerika untuk mengambil alih Greenland, wilayah otonomi di bawah Denmark.
01:31Ke Ani turut menyatakan sokongan terhadap kedaulatan Denmark ke atas Greenland selain menegaskan Canada mahu memperkukuhkan kerjasama baru dengan negara yang sehaluan ketika berdepan dengan hubungan yang semakin rumit dengan pentadbiran Trump di Washington.
01:46Trump sebelum ini pernah mengancam, menggabungkan Canada dan pada selasa memuat naik imej di jana kecedasan buatan AI yang memaparkan peta Canada dan Greenland sebagai sebahagian daripada Amerika Syarikat.
01:58Tanpa menyebut nama Trump atau Amerika Syarikat secara langsung, Ke Ani berkata, dunia akan menjadi lebih rapuh jika kuasa besar tidak lagi menghormati aturan dan nilai bersama.
02:08Ke Ani yang pernah mengetuai Bank of England dan Bank of Canada turut menekankan kepentingan Canada membina rangkaian hubungan yang luas termasuk selepas mencapai perjanjian dengan China minggu lalu.
02:20Terima kasih.

Recommended