Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman daripada tonto yang cuba menggagalkan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya operasi membanteras kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pengangkutan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman daripada Tonto yang cuba menggagalkan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, khususnya operasi membanteras kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
00:14Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Locke memohon peruntukan daripada Kementerian Keuangan bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan termasuk melengkapkan anggota JPJ dengan kamera badan serta membekalkan senjata api bagi tujuan mempertahankan diri ketika operasi.
00:30Ini sesuatu yang menjadi cabaran kepada pihak JPJ. Memang kita sekarang ini ada tindakan seterusnya. Itu sebabnya kita memohon peruntukan daripada Kementerian Keuangan untuk melengkapkan anggota-anggota penguatkuasa kita yang pertamanya dengan bodi one camera.
00:47Yang keduanya juga diberikan senjata, diberikan pistol supaya mereka juga ada senjata untuk mempertahankan mereka sendiri. Memang ada cabaran daripada Tonto ini.
00:59Tetapi kita sudah tentu tidak boleh tunduk kepada ancaman-ancaman daripada Tonto untuk menguatkuasakan undang-undang kita kerana ini melibatkan kesamatan jarang raya dan nyawa manusia.
01:09Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Roslan Hashim, berhubung cabaran penguatkuasaan kes lebihan muatan termasuk dakwaan wujud Tonto serta sama ada sistem mata di merit ketika ini masih digunakan.
01:22Mengulas lanjut, Anthony berkata sistem mata di merit masih digunakan.
01:27Namun jelas beliau sistem itu akan dirombak bagi memastikan ia lebih berkesan dan adil kepada pemandu yang dipaksa oleh pengusaha untuk membawa muatan berlebihan.
01:36Sementara itu menjawab soalan asal Ahli Parlimen Rasah, Chaki Chin berhubung penguatkuasaan operasi khas JPJ pada suku keempat 2025.
01:42Anthony berkata sebanyak 3,604 kenderaan berat dikesan dan diambil tindakan kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan bagi tempoh 14 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu.

Recommended