Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Kementerian Pendidikan memberi jaminan kapasiti sekolah, fasiliti sedia ada serta bilangan guru mencukupi bagi menampung perlaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan beri jaminan kapasiti sekolah, fasiliti sedia ada serta bilangan guru mencukupi bagi menampung pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke darjah satu.
00:11Menterinya, Fadilina Siddiq memaklumkan Kementerian telah melaksanakan kajian terperinci melibatkan keupayaan guru bagi melaksanakan dasar berkenaan sekaligus memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
00:24Fadilina menjelaskan kemasukan murid berusia enam tahun ke darjah satu juga hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih yang mempunyai kemudahan dan sokongan pada tahap terbaik dalam menerima tambahan murid.
00:37Katanya, data dan analisis yang tepat berkaitan jumlah keseluruhan murid juga amat penting bagi membolehkan Kementerian menyusun unjuran keperluan guru secara berkesan mengikut jumlah sebenar di sekolah terlibat.
00:49Saya juga terangkan tadi, kalau ada permintaan yang lebih dan kelas tidak mencukupi, kita sudah bersedia dengan kita punya persediaan untuk mendirikan kelas-kelas yang sifatnya yang saya sebut tadi secara IPS yang boleh siap dalam masa yang sempat.
01:05Kita dah ada pengalaman itu untuk mengatasi sekolah padat kita dan kita telah menyelesaikan lebih seratus sekolah di seluruh negara melalui IPS ini.
Comments

Recommended