Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dalam kemas kini World Economic Outlook (WEO) Januari 2026 bertajuk “Global Economy: Steady amid Divergent Forces”, IMF turut mengunjurkan pertumbuhan KDNK benar Malaysia pada 2025 sebanyak 4.6 peratus, berbanding 5.1 peratus pada 2024.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita mulakan dengan perkembangan ini terlebih dahulu dengan tabung kewangan antarabangsa IMF menaikkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK Benar Malaysia kepada 4.3% bagi tahun 2026 dan 2027.
00:15Peningkatan sebanyak 0.3% berbanding anggaran sebelumnya.
00:19Dalam kemaskini World Economic Outlook, WEO Januari 2026 bertajuk Global Economy Steady Amid Divergent Forces, IMF turut mengunjurkan pertumbuhan KDNK Benar Malaysia pada 2025 sebanyak 4.6% berbanding 5.1% pada 2024.
00:38Sebelum ini, IMF menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2025 pada kadar 4.5% manakala 4.0% bagi 2026.
00:49IMF menjagakan ekonomi dunia kekal stabil dengan pertumbuhan 3.3% pada 2026 dan 3.2% pada 2027 hampir sama dengan anggaran 3.3% untuk 2025.
01:05Menurut IMF, prestasi global yang kelihatan stabil ini disokong oleh beberapa faktor yang saling mengimbangi.
01:11Tekanan daripada perubahan dasar perdagangan dilihat berkurangan berikutan peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan AI
01:19terutamanya di Amerika Utara dan Asia.
01:22Sokongan dasar fiskal dan monetari keadaan kewangan yang lebih longgar serta kebolehsuaian sektor swasta turut membantu mengkalkan momentum ekonomi.
01:30IMF turut menjangka inflasi global menurun secara beransur-ansur daripada anggaran 4.1% pada 2025 kepada 3.8% pada 2026 dan seterusnya 3.4% pada 2027.
01:44Unjuran ini hampir sama dengan laporan WEO Oktober dengan jangkaan inflasi di Amerika Syarikat kembali ke parasasaran pada kadar yang lebih perlahan berbanding ekonomi besar lain.
01:55Namun begitu, IMF mengingatkan bahawa risiko masih cenderung ke arah penyusutan pertumbuhan.
02:00Antaranya jika jangkaan terhadap potensi produktiviti AI di semak semula, pelaburan boleh merosot dan mencetuskan penyesuaian pasaran kewangan yang mendadak
02:09termasuk kejatuhan saham berkaitan AI yang boleh menjedaskan kekayaan isi rumah.
02:14Ketegangan-perdagangan yang berpanjangan juga boleh mengekang aktiviti ekonomi.
02:18Di sebalik itu, IMF berkata pertumbuhan berpotensi lebih tinggi sekiranya perlaburan berkaitan AI terus berkembang dan membawa kepada peningkatan produktiviti serta dinamisma perniagaan.
02:28Pengurangan ketegangan-perdagangan secara berterusan juga mampu menyokong aktiviti ekonomi global.
02:33IMF menegaskan bahawa usaha mengkalkan kestabilan dan meningkatkan prospek pertumbuhan jangka sederhana
02:39memerlukan perhatian terhadap pengkuhan kedudukan fiskal, kestabilan harga dan kewangan, pengurangan ketidaktentuan dasar
02:46serta pelaksanaan informasi struktur tanpa penangguhan.
Comments

Recommended