Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Netflix catat hasil melebihi jangkaan suku cuti, lonjakan tontonan dan ramal pertumbuhan berterusan pada 2026.
Transcript
00:00Netflix mengatasi anggaran hasil Wall Street bagi suku tahun musim cuti selepas jumlah pelanggannya melepasi 325 juta.
00:09Menurut syarikat itu, hasil pendapatan bagi tempoh Oktober hingga Disember mencecah $12.1 bilion mengatasi ramalan $11.97 bilion bagi suku berkenaan.
00:21Nielsen melaporkan tontonan bulanan Netflix meningkat 10% pada Disember, sebagian besarnya didorong oleh musim terakhir siri fiksyen sains popular Stranger Things yang menjana 15 bilion minit tontonan.
00:38Netflix turut menyiarkan dua pelawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan NFL pada hari Krismas serta melancarkan film ketiga dalam siri misteri pembunuhan Knives Out.
00:48Pelabur kekal memberi tumpuan terhadap usaha Netflix bernilai $82.7 bilion untuk memperoleh studio Warner Bros Discovery dan aset hiburan lain ketika syarikat itu berusaha menangkis bidaan daripada Paramount Skydance.
01:03Dalam nota kepada pelabur, Netflix berkata pengambil alihan Warner Bros akan membolehkannya menawarkan pilihan film dan rancangan yang lebih luas serta berkualiti tinggi kepada pelanggan di samping menyediakan tawaran langganan yang lebih diperibadikan dan fleksibel dengan penambahan HBO Max.
01:24Syarikat itu berkata ia memperoleh komitmen pinjaman bernilai $59 bilion pada 4 Disember bagi menyokong pengambil alihan Warner.
01:36Isnin lalu, Netflix meningkatkan komitmen pinjaman itu sebanyak $8.2 bilion bagi menyokong tawaran tunai sepenuhnya sebanyak $27.75 sesaham.
01:47Netflix meramalkan pertumbuhan berterusan pada 2026 dengan hasil antara $50.7 bilion hingga $51.7 bilion.
01:58Ia juga menjangkakan hasil pengiklanan hampir berganda.
Comments

Recommended