Populasi di China terus mencatatkan penurunan untuk tahun keempat berturut-turut pada 2025, dengan jumlah penduduk menyusut 3.39 juta kepada 1.405 bilion.
00:00Populasi di China terus mencatatkan penurunan untuk tahun keempat berturut-turut pada tahun 2025 dengan jumlah penduduk menyusut 3.39 juta kepada 1.405 bilion.
00:13Menurut Ketua Biro Perangkaan Kebangsaan Kang Yi, kadar kelahiran di negara itu merosot kepada 7.92 juta pada tahun 2025, paras terendah dalam tempoh beberapa dekad berbanding 9.54 juta pada tahun 2024.
00:30Dalam tempoh sama, jumlah kematian meningkat kepada 11.31 juta daripada 10.93 juta pada tahun sebelumnya.
00:38China mula mengalami penyusutan populasi sejak tahun 2022 dan kini berdepan proses penuaan penduduk yang semakin pesat, manakala populasi berusia 65 tahun ke atas mencecah 223.65 juta orang, meregumi 15.9% daripada keseluruhan penduduk negara itu.
00:57Bagaimanapun, bagi tahun akan datang, negara itu berpotensi menyaksikan peningkatan kecil dalam kadar kelahiran.
01:04Perkembangan itu susulan langkah Kerajaan China pada Mei 2025 yang membenarkan pasangan berkahwin di mana-mana lokasi di seluruh negara tanpa terikat kepada tempat bermastautin sekaligus memudahkan proses perkahwinan.
01:17Selain itu, Kerajaan China turut memperuntukkan anggaran 180 bilion yuan pada tahun 2026 untuk pelbagai insentif galakan kelahiran termasuk subsidi kanak-kanak peringkat nasional.
01:30Antara langkah utama ialah komitmen memastikan wanita tidak menanggung sebarang kos perubatan sepanjang kehamilan.
Be the first to comment