Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Datuk Seri Noraini Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2025, di ibu negara, pada Khamis.
Transcript
00:00Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, menegaskan kerjasama politik dalam dinamik kerajaan hari ini
00:06tidak bermaksud UMNO bersedia menjadi parti yang hilang jati diri.
00:10Menurut beliau, realiti politik modern menunjukkan undi rakyat berpecah kepada pelbagai parti
00:15bukan lagi terikat dengan satu atau dua entiti tradisi berasaskan nostalgia dan sejarah.
00:23Inilah realiti baru politik modern.
00:26Kuasa dikongsi, perbezaan dihormati dan kerajaan dibentuk melalui persefahaman dan kompromi.
00:38Dan saya melihat ini bukan satu kelemahan sistem.
00:44Tetapi ini adalah kematangan demokrasi.
00:48Namun begitu, saya ingin tegaskan satu perkara penting pada hari ini.
00:54Menerima realiti kerjasama politik ini bukan bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti yang menurut.
01:08Tidak sama sekali.
01:10Betul tak?
01:11UMNO mesti menjadi parti teras.
01:17Parti yang memimpin.
01:19Bukan sekadar mengikut.
01:22Kita ada sejarah.
01:24Kita ada pengalaman.
01:26Kita ada akar umbi yang kuat.
01:29Ini di hadapan saya adalah contoh akar umbi yang kuat di dalam UMNO.
01:39Jadi sahabat-sahabat sekalian, jangan keliru.
01:44Kerjasama politik ini bukan bermakna kita lemah.
01:47Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Ibu Negara pada Khamis.
01:57Tambahnya, UMNO mengamalkan politik berani yang menetapkan garis merah dan mempertahankan agama, bangsa serta prinsip raja berperlemagaan.
02:06Jelasnya lagi, sayap wanita UMNO akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mengumudi kerjasama politik ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended