Datuk Seri Nancy Shukri berkata proses penentuan penjaga sah perlu melalui permohonan rasmi di mahkamah bagi memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak terus terpelihara.
00:00Dan mahkamah akan menentukan individu yang paling layak untuk menjaga tiga anak mangsa kes bunuh di Seri Aman selari dengan prosedur undang-undang yang ditetapkan.
00:09Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Batuk Seri Nancy Syukri berkata, walaupun mereka kini berada di bawah jagaan ahli keluarga yang terdekat,
00:17proses penentuan penjaga sah perlu melalui permohonan rasmi di mahkamah bagi memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak terus terpelihara.
00:27Selain daripada itu juga kerana anak-anak ini dijaga oleh ayah saudara dia, kita mengikut peraturanlah supaya mereka memohon,
00:40saya percaya mereka sudah dimaklumkan, memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak ini.
00:49Dan inilah yang telah kita lakukan dan diharapkan semuanya berjalan lancar.
00:53Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah mengambil langkah awal termasuk mengumpul maklumat berkaitan serta menyalurkan sokongan psikososial kepada anak-anak mangsa yang masih bersekolah.
01:06Tegasnya, kementerian akan terus memantau perkembangan kes dan memberi bantuan bersesuaian termasuk meneliti bantuan keuangan di bawah tabung JKM sementara proses undang-undang berjalan.
01:18Pada Rabu, sepasang suami isteri ditemui tidak bernyawa, dipercayai dibunuh dengan kesan kecederaan di dalam bilik tidur kediaman mereka oleh salah seorang anak mangsa.
Be the first to comment