00:00Perdana Menteri Australia Anthony Albanese pada selasa mengisytiharkan Hari Berkabung Negara yang akan diadakan pada 22 Januari ini untuk mangsa serangan pengganas di Pantai Bondai di Sydney.
00:13Bendera akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan sekitar Australia pada tarikh itu bagi memperingati mangsa serangan tersebut di Pantai Bondai pada 14 Desember lepas.
00:25Pada sidang media di bangunan Parlimen di Canberra, Albanese berkata, hari berkenaan bertemakan cahaya akan menang, satu perjumpaan perpaduan dan peringatan.
00:36Al-Badis pada ISNN mengumumkan bahawa persidangan Parlimen Persekutuan akan diadakan dua minggu lebih awal daripada jadual asal cuti musim panas iaitu pada 19 Januari.
01:00Ia bagi meluluskan undang-undang yang lebih ketat terhadap ucapan kebencian dan pemilikan senjata api sebagai tindak balas terhadap serangan berkenaan.
01:10Seramai 15 orang maut ditembak dalam insiden itu oleh suspek Navid Akram dan bapanya Sajid yang ditembak mati oleh polis.