• 11 months ago
Penganjur Glamping with Pride yang sebelum ini didakwa mempunyai unsur pergaulan songsang, mengambil keputusan tidak meneruskan program mereka atas faktor keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Organisasi Jejaka yang menganjurkan glamping with pride mengambil keputusan tidak meneruskan program atas faktor keselamatan.
00:10Penganjur turut mendakwa pihaknya menerima ugutan bunuh dan ancaman keganasan di media sosial.
00:18Menerusi kenyataan pada selasa, Jejaka memaklumkan pemilik lokasi aktiviti itu juga telah membatalkan tempahan atas faktor keselamatan.
00:27Jelasnya, segala ancaman berkenaan telah didokumengkan dan akan dirujuk kepada pihak berkuasa.
00:34Jejaka menyifatkan pembatalan berkenaan bukan kerana aktiviti tersebut salah di sisi undang-undang, tetapi disebabkan retorik tidak bertanggungjawab dan kecelaruan maklumat.
00:46Katanya sebelum isu penganjuran ini disensasikan, Jejaka hanya menerima 14 peserta.
00:53Namun dalam tempoh beberapa hari, seramai 50 orang menyatakan minat untuk turut serta.

Recommended