Gambia memberitahu hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa Myanmar telah menyasarkan minoriti Muslim Rohingya untuk dimusnahkan, sekali gus menjadikan kehidupan mereka sebagai satu mimpi ngeri, dalam satu kes bersejarah yang menuduh Myanmar melakukan genosid.
00:00Gambia memberitahu hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ bahawa Myanmar telah menyasarkan minoriti Muslim Rohingya untuk dimusnahkan sekaligus menjadikan kehidupan masyarakat Rohingya sebagai satu mimpi ngeri.
00:15Kes ini merupakan perbicaraan genosid pertama yang didengar sepenuhnya oleh ICJ dalam tempoh lebih sedekat.
00:21Keputusan kes berkenaan dijangka memberi kesan melangkaui Myanmar termasuk berpotensi mempengaruhi tindakan undang-undang Afrika Selatan di ICJ tanah Israel berhubung perang di Gaza.
00:35Menteri Kehakiman Gambia, Dauda Jaulo ketika berhujah di hadapan hakim ICJ berkata masyarakat Rohingya adalah golongan biasa yang hanya meimpikan kehidupan aman dan bermaruah.
00:46Namun menurutnya impian itu dirampas secara kejam.
00:48Gambia sebuah negara majoriti Muslim di Afrika Barat memfailkan kes itu di ICJ pada 2019 dengan sokongan pertubuhan kerjasama Islam OIC yang dianggotai 57 negara.
01:00Kes tersebut menuduh Myanmar melakukan genosid terhadap Rohingya, minoriti Muslim yang menetap di negeri Rakhine, barat negara itu.
01:08Tentera Myanmar melancarkan operasi ketenteraan pada 2017 yang memaksa sekurang-kurangnya 730,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
01:18Pelarian terbabit mendedahkan pembunuhan, rogol beram-ramai serta pembakaran kampung secara sistematik.
01:25Satu misi pencarian fakta BBB kemudiannya menyimpulkan bahawa operasi tersebut mengandungi unsur-unsur perbuatan genosid.
01:32Menjelang perbicaraan di The Hague, beberapa mangsa Rohingya menyuarakan harapan agar kes yang dinanti sekian lama itu dapat membawa keadilan.
01:42Gambia dijadualkan membentangkan hujahnya selama tiga hari lagi sebelum Myanmar diberi peluang menjawab tuduhan pada Jumaat.
01:48Selepas itu, mahkamah akan mendengar keterangan mangsa Rohingya dalam sesi tertutup yang bakal menjadi kali pertama suara mangsa Rohingya didengar secara langsung oleh sebuah mahkamah antarabangsa.
02:00Keseluruhan proseding ICJ itu dijangka berlangsung selama tiga minggu.
Be the first to comment