Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sidang kemuncak Jepun dan Korea Selatan berakhir dengan suasana santai apabila Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung bermain dram mengiringi lagu K-pop popular. Di sebalik detik ringan itu, kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen memperkukuh kerjasama keselamatan dan ekonomi di rantau Asia Timur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi dan Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung mengakhiri sidang kemuncak dua hal mereka pada selasa dengan satu sesi muzik tidak dijangka apabila kedua-duanya bermain drum mengiringi lagu popular K-pop.
00:15Rekaman video yang dikeluarkan Pejabat Presiden Korea Selatan memaparkan kedua-dua pemimpin itu bermain drum mengiringi beberapa lagu terkenal termasuk Dynamite oleh kumpulan K-pop BTS serta Golden daripada muzikal animasi Netflix K-pop Demon Hunters.
00:34Takaichi yang dikenali sebagai peminat drum dan muzik heavy metal memuji kebolehan yang pantas menyesuaikan diri dengan alat muzik berkenaan.
00:42Beliau berkata, Presiden Korea Selatan belajar bermain drum hanya dalam lima hingga sepuluh minit.
00:50Dalam kenyataan berasingan, kedua-dua pemimpin berkata, mereka berasrat memperkukuh kerjasama keselamatan dan ekonomi khususnya ketika ketegangan di Asia Timur semakin meningkat.
01:01Mereka turut bersetuju meneruskan amalan lawatan timbal balik pemimpin dengan Takaichi dijadualkan membuat lawatan balas ke Korea Selatan dalam masa terdekat.
01:10Selepas itu, kedua-dua pemimpin meneruskan sidang kemuncak dua hala dengan mengadakan lawatan ke Kuil Horyuji di wilayah Narah pada Rabu.
01:20Lawatan ke Kuil bersejarah yang terletak di kampung halaman Takaichi itu berlangsung pada hari kedua sidang kemuncak Jepun, Korea Selatan.
01:27Dalam kenyataan bersama pada selasa, Li dan Takaichi berkata, mereka membincangkan pelbagai isu strategik termasuk rantaian bekalan industri,
01:37kecerdasan buatan AI, penyah nuklearan semenanjung Korea serta kerjasama dengan sekutu bersama mereka, Amerika Syarikat.
01:46Pertemuan di Narah berlangsung kira-kira seminggu selepas Li mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping.
01:52Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended