Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Baru beroperasi selama tiga bulan, restoran yang terletak di tengah-tengah Bandar Tun Razak itu turut mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards. Melalui langganan pakej Astro BizOne, X Society menawarkan pengalaman makan tengah hari yang lebih lengkap, selesa dan menghiburkan di tengah hiruk-pikuk kota.
Transcript
00:00Waktu makan tengah hari sering menjadi satu-satunya ruang untuk berhenti sejenak daripada rutin kerja yang padat bagi warga kota yang bekerja di tengah Kuala Lumpur,
00:11restoran seperti X Society bukan sekadar tempat menjamu selera tetapi destinasi untuk berehat, menikmati hiburan dan kembali segar sebelum menyambung kegiatan harian.
00:21Baru beroperasi selama tiga bulan, restoran ini yang juga merupakan antara pemenang kempen Astro Biz One Rewards memanfaatkan pakej Astro Biz One bagi menawarkan pengalaman makan tengah hari lebih lengkap di tengah kesibukan kota.
00:35Pengurus X Society Aiman Manjid Singh berkata pengalamannya selama 22 tahun dalam industri makanan dan minuman mengajarnya bahawa sesebuah restoran memerlukan nilai tambah untuk terus kekal relevan dan mendapat sambutan pelanggan.
00:57Menurutnya, keputusan melanggan pakej Astro Biz One dibuat secara sebulat suara bagi menawarkan hiburan berkualiti tinggi sekaligus menarik lebih ramai pengunjung ke restoran itu.
01:08Ok, selepas melanggan pakej Biz One ini saya mendapat banyak pelanggan yang datang untuk menikmati makanan-makanan signature dish kami dan sambil menonton TV Astro, bola dan badminton lah kebanyakan.
01:24So, kebanyakan customer kami adalah multi-racial customer lah.
01:29Langganan Astro Biz One turut membantu memperluaskan penjenamaan restoran secara tidak langsung melalui liputan di Astro Awani dan pelbagai platform lain sebagai pengiktirafan kemenangan dalam kempen tersebut.
01:42Selain hiburan, menu makan tengah hari pada harga berpatutan bermula serendah RM6 menjadi antara tarikan utama X Society dalam kalangan pekerja pejabat di kawasan sekitar.
01:53Beberapa pelanggan yang ditemui menyifatkan restoran ini sebagai lokasi inklusif, mudah diakses dan sesuai untuk warga kota mencari ketenangan sambil menikmati suasana menenangkan.
02:06Oh, sentiasa kalau bila ada badminton matches ke apa matches ke, mesti kami datang sini lah.
02:14So, kalau nak datang sini senang je. So, cuma datang ikut The Exchange 106. So, lepas tu lebih senang nak cari tempat ni lah.
02:23If me, I'm a football fan. So, then I can watch football. Then I think it's fine. Sometimes some badminton matches.
02:33Gandakan potensi perniagaan anda ke tahap yang lebih hebat bersama Astro Biz One sekarang, langgan Astro Biz One dan rebut peluang menyertai kempen Astro Biz One Rewards bagi siri yang akan datang.
02:44Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my
02:49Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended