Sekatan internet yang berterusan di Iran dilaporkan memburukkan lagi keadaan susulan protes besar-besaran akibat kejatuhan nilai mata wang dan tekanan ekonomi. Pihak berkuasa Iran menyatakan sekatan akan diteruskan sehingga keselamatan dipulihkan, ketika Washington pula memberi amaran kemungkinan tindakan tegas terhadap Tehran.
00:00Sekatan internet yang berterusan di Iran meningkatkan ketegangan di negara itu apabila ketiadaan akses kepada maklumat yang boleh dipercayai menambah kekalutan susulan protes besar-besaran yang tercetus sejak akhir Disember lalu.
00:15Protes tercetus di beberapa bandar utama Iran, susulan kejatuhan mendadak nilai mata wang negara itu ia real serta tekanan ekonomi yang telah lama membelenggu rakyat.
00:30Laporan media tempatan dan antarabangsa memaklumkan jumlah korban melibatkan orang awam dan pasukan keselamatan terus meningkat.
00:38Sejak minggu lalu, ibu negara Teheran serta beberapa wilayah lain mengalami sekatan akses internet.
00:44Media tempatan melaporkan pihak berkuasa tertinggi cyber Iran memaklumkan sekatan itu akan diteruskan sehingga keselamatan negara dipastikan pulih sepenuhnya.
00:54Ketiadaan akses internet antarabangsa masih menjadi cabaran utama khususnya kepada pengamal media dan sektor perniagaan.
01:03Bagaimanapun, pengkhidmatan panggilan telefon antarabangsa dilaporkan kembali pulih pada selasa selepas terputus selama hampir seminggu.
01:10Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Iran pada Isnin mendakwa memperoleh bukti penglibatan AS dan Israel dalam apa yang disifatkan sebagai aktiviti pengganas domestik termasuk rakaman pengagihan senjata kepada penunjuk perasaan.
Be the first to comment