Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang di Kampung Chubadak Tambahan, di sini, bakal berdepan tindakan tegas menerusi pelaksanaan perintah penghakiman penyerahan milikan kosong pada 14 Januari ini.
Transcript
00:00Binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang di Kampung Cubadak Tambahan di Ibu Negara
00:08bakal berdepan tindakan tegas menerusi pelaksanaan Perintah Penghakiman Penyerahan Milikan Kosong pada 14 Januari ini.
00:17Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Soekarno Mohd Zahari berkata,
00:22pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah langkah penguatkuasaan undang-undang
00:27untuk mengekang aktiviti pembinaan dan pendudukan tidak sah yang telah dikenalpasti berlaku di kawasan berkenaan.
00:36Beliau berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan dengan kerjasama polis diraja Malaysia PDRM bersama beberapa agensi berkaitan.
00:46Antaranya ialah Tenaga Nasional Berhad TNB, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia FPM, Jabatan Immigration Malaysia
00:53serta Pesuruh Jaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR.
01:00Katanya, pelaksanaan perintah itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang terhadap struktur binaan haram,
01:07premis tanpa kelulusan, serta pencerobohan kawasan yang menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada.
01:14Ahmad Soekarno menegaskan tindakan itu akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standar SOP yang ditetapkan,
01:22selain mengambil kira aspek keselamatan awam serta kebajikan semua pihak terbabit.
01:29Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan tidak berada di kawasan terbabit sepanjang tempoh pelaksanaan operasi
01:35dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
01:42Tambah beliau, PDRM juga menasihati semua pihak supaya memberikan kerjasama
01:46dan tidak mengganggu kelancaran tindakan penguatkuasaan berkenaan
01:49demi memastikan keselamatan dan keteteramaan awam terus terpelihara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended