Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Program Jom Ke Sekolah 2026 telah digerakkan secara menyeluruh di seluruh Pahang sebagai usaha menyokong kebajikan pendidikan anak-anak, terutama mereka daripada keluarga yang memerlukan sebagai persiapan awal sesi persekolahan.
Transcript
00:00Program Jum Kesekolah 2026 digerakkan secara menyeluruh di seluruh Pahang sebagai usaha menyokong kebajikan pendidikan anak-anak.
00:11Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Dato' Ahmad Farhan Fauzi berkata, program itu bagi membantu keluarga yang memerlukan sebagai persiapan awal sesi persekolahan.
00:22Menurutnya, Program Peringkat Parlimen Indera Mahkota dengan Kerjasama Strategik Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Takwa Mawib dan Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki itu merupakan komitmen berterusan dalam menyokong kebajikan pendidikan anak-anak di Pahang.
00:40Sebanyak 800 set kelengkapan sekolah dengan nilai keseluruhan RM160,000 disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan menurusi program diadakan di Kuantan Sabtu lalu.
00:50Ahmad Farhan yang juga Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada 800 penerima terdiri daripada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 daripada golongan asnaf, fakir miskin dan keluarga berpendapatan rendah.
01:06Jelasnya, usaha itu bukan terhad di Indera Mahkota, sebaliknya diperluaskan ke seluruh Parlimen di Pahang dengan peruntukan 100 bau cari set kelengkapan sekolah bagi setiap Parlimen dengan keseluruhan sumbangan RM150,000.
01:22Terima kasih kerana menonton!
01:24Selamat menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended