Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan negeri Pahang meneruskan pelaksanaan program Tunas Makmur tahun ini bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Transcript
00:01Kerajaan Negeri Pahang meneruskan pelaksanaan program Tunas Magmur tahun ini bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya daripada golongan miskin dan miskin tegar.
00:13Inisiatif yang melibatkan peruntukan RM14.8 juta ini memberi manfaat kepada 68,000 pelajar, berangkumi semua murid tahun 1 serta pelajar miskin tegar dari tahun 2 hingga tingkatan 5.
00:27Program di bawah inisiatif Magmur Pahang yang bermula sejak 2022 itu menyediakan set bantuan peralatan pembelajaran lengkap dan berjenama yang bernilai RM100 termasuk beg sekolah, alat tulis serta kelengkapan pembelajaran.
00:45Menteri Besarnya Datuk Seriwan Rosidi Wan Ismail berkata, bagi edisi tahun ini, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan penambahbaikan dengan pemberian baucer pakaian sekolah tambahan yang juga bernilai RM100.
00:59Kita tidak pernah berhenti untuk memperkenalkan penambahbaikan ini tetapi kita selalu memperkenalkan kewangan.
01:06Macam hari ini pun memperkenalkan kewangan RM14.8 juta yang peruntukan siling yang kita haskan untuk program ini saja.
01:15Jadi bagi mereka yang tidak mendapat bantuan ini, mereka boleh menikmati kad diskaun 30% tetapi bantuan ini diberi kepada mereka yang layak, yang miskin.
01:27Rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan tersebut sebagai talian hayat dalam mendepani kosar hidup yang mencabar ketika ini.
01:41Ya rasanya memang bantulah. Sebab apa? Kos untuk beli barang-barang anak itu, sekolah itu memang banyak. So dapat bantuan ini, dia dapat kurangkan beban kita.
01:55Sebab setiap-setiap tahun dia ada sumbangan tapi tahun ini memang lebih baik daripada yang tahun lepas.
02:01So tahun depan kita mengharapkan lebih baik daripada kita punya YB.
02:06So itulah perasaan kita kan.
02:09So kalau boleh menambahbaikan lagi pemberian sumbangan ini kepada semua murid-murid.
02:15Kesemua bantuan berkenaan disampaikan secara serentak pada hari pertama persekolahan di semua sekolah di seluruh Pahang.
02:24Bagi memastikan setiap pelajar dapat memulakan sesi akademik dengan kelengkapan yang sempurna.
02:30Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended