Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya insiden gangguan teknikal yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor baru-baru ini tidak berulang di mana-mana pintu masuk negara.
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya insiden gangguan teknikal yang berlaku di bangunan Sultan Iskandar BSI Johor baru-baru ini tidak berulang di mana-mana pintu masuk negara.
00:13Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia AKPS, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain berkata,
00:19arahan itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam mesyuarat koordinasi berkaitan insiden berkenaan pada Ismin.
00:30Susulan itu beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua komander terutama DBSI dan Komplek Sultan Abu Bakar supaya memantau secara rapi sistem kemasukan di pintu masuk negara.
00:42Tambahan pula menjelang tahun melawat Malaysia 2026 VM 2026, beliau secara peribadi telah mengarahkan semua komander khususnya DBSI dan KSAB memaklumkan kepada ibu pejabat lebih awal,
00:56sekiranya terdapat sebarang petanda, sistem tidak berfungsi dengan baik.
01:00Muhammad Syuhaili berkata ketetapan itu dibuat bagi membolehkan tindakan penyelesaian awal dilaksanakan segera.
01:07Sekiranya berlaku kegagalan sistem, komander perlu bertindak pantas bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pengembara sebanyak mungkin.
01:14Sebelum ini, media melaporkan puluhan ribu warga asing terkandas dan terpaksa beratur panjang di dua pintu masuk darat Malaysia-Singapura.
01:24Susulan gangguan teknikal yang menyebabkan kebanyakan pintu otomatik imigresen tidak berfungsi pada Sabtu lepas.
01:31Semalam, gangguan sistem E-Gate DBSI masih belum pulih, namun operasi kawalan sempadan kekal berjalan seperti biasa dengan implikasi terhad kepada pemegang pasport asing.
Be the first to comment