00:00Prospek harga emas kekal positif dengan momentum kenaikan dijangka berterusan sehingga tahun 2026.
00:07Presiden Persatuan Emas Malaysia MGA, Datuk Seri Louis Ng, berkata ia berpotensi mencecah sehingga RM700 segram.
00:17Ujarnya, tren tersebut didorong ketidakstabilan geopolitik dan ekonomi global yang menjadikan emas sebagai aset lindung nilai utama dunia.
00:25Selain itu, antara faktor utama kenaikan ialah pembelian oleh bank pusat sesulan bank-bank pusat dunia membeli emas kerana ketegangan geopolitik yang semakin meningkat termasuk konflik Ukraine-Rusia serta perkembangan geopolitik melibatkan kuasa besar dunia.
00:42Jelas lagi, keadaan dunia yang tidak aman dan penuh ketidaktentuan mendorong bank pusat meningkatkan pegangan emas.
00:48Justeru, apabila bank pusat membeli emas, harga akan meningkat dan ini turut mendorong orang ramai untuk turut membeli emas sebagai perlindungan nilai.
00:58Tambahnya, sentimen terhadap pelaburan emas juga kekal stabil dengan institusi kewangan utama dunia meletakkan sasaran harga emas sehingga RM5,500 per ounce,
01:10sekaligus menunjukkan potensi kenaikan sekitar 20% berbanding para semasa.
Be the first to comment