Gabenor Minnesota, Tim Walz melahirkan dukacita atas kematian seorang individu ditembak pegawai ICE dan menyifatkan pendekatan kerajaan persekutuan sebagai membahayakan keselamatan awam.
00:00Seterusnya, Gubernur Minnesota Tim Walz menyuarakan rasa sedih susulan insiden seorang pegawai penguatkuasaan imigresen dan kastam Amerika Syarikat AIS yang menembak mati seorang individu di Minneapolis.
00:12Beliau turut mengkritik keras pendekatan operasi kerajaan persekutuan yang disifatkannya membahayakan keselamatan awam.
00:19Walz berkata beliau amat bersimpati dengan keluarga dan orang tersayang bangsa yang terpaksa mengetahui kejadian tragis itu melalui liputan televisyen nasional.
00:30Menurut Walz, pendekatan sedemikian bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah telah meragut nyawa orang tidak berdosa.
00:37Beliau turut menegaskan bahawa walaupun Presiden Donald Trump dan pentadbirannya didakwa tidak mengambil berat terhadap Minnesota,
00:44kerajaan negeri tetap komited untuk melindungi rakyatnya dan tidak akan membenarkan masyarakat di negeri itu berpecah belah.
01:00Terima kasih telah menonton!
01:30Dalam perkembangan berkaitan, Wals mengumumkan beliau telah mengeluarkan perintah amaran bagi membuat persiapan awal kepada pengawal kebangsaan Minnesota untuk dikerahkan sekiranya perlu.
01:45Jelasnya perintah amaran itu bertujuan sebagai langkah kesiapsiagaan awal dan menekankan bahawa anggota pengawal kebangsaan terdiri daripada rakyat Minnesota sendiri termasuk guru, pemilik perniagaan dan pekerja pembinaan.
Be the first to comment