00:00Enam lelaki termasuk tiga beradik didakwa di Mahkamah Session Seremban pada Jumaat
00:05atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki di hadapan sebuah restoran di Lukut, Port Dixon bulan lalu.
00:13Tertuduh K.A. Yogen Teren, 31 tahun, K.A. Kugen Teren, 26 tahun, K.A. Siniel Kumar, 24 tahun,
00:22S. Satya Murti, 29 tahun, K.Munis Warren, 21 tahun dan A. Shallon, 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan.
00:34Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap tiga lelaki berusia 36, 31 dan 43 tahun dengan menetaknya menggunakan senjata parang.
00:46Kesalahan dilakukan pada 27 Desember 2025 di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Lukut, Taman Aman, Port Dixon.
00:55Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sama
01:03dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
01:10Peguam Paul Krishnaraja dan S. Kartikeyan memohon jaminan minimum bagi kesemua tertuduh kerana mereka dari keluarga miskin.
01:19Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.
01:27Sebutan semula kes pada 11 Mac depan.
Comments