Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Nigeria dicatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
00:16selepas didapati bersalah mencampak cucu tirinya dari tingkat 3 sebuah pangsapuri sehingga mati 6 tahun lalu.
00:24Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak kepada lebih seribu mangsa pada Jumat berbanding hanya sekitar 300 orang pada sebelah pagi.
00:37Kada pengangguran di Malaysia pada November tahun lalu menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun iaitu 2.9%.
00:45Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengagihkan bantuan awal persekolahan BAP lebih awal bermula tahun hadapan kata menterinya Fadlina Siddiq.
00:58Pemandu Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin direman 4 hari bagi siasatan lanjut.
01:08Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mengutip hasil lebih RM76 bilion bagi tahun 2025.
01:15UMNO menerima sebanyak 662 usul daripada 175 bahagian sempena Perhimpunan Agong UMNO 2025
01:24yang akan berlangsung minggu hadapan tanpa sebarang usul mencadangkan parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan.
01:32Pulau Pinang mencatatkan penurunan prevalens perukok dewasa sebanyak 15.2% atau 196,558 orang berdasarkan dapatan tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan.
01:46Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Jumaat bagi mengesan 38 orang yang masih hilang dan dikuatiri terperangkap selepas sebuah tapak pelupusan sampah di Bandar Sibu, Tengah Filipina runtuh.
02:00Indonesia akan memegang jawatan Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHRC pada 2026.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended