Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung keputusan Speaker Dewan Rakyat yang enggan mengisytiharkan empat kerusi Parlimen di Sabah sebagai kosong.
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu
00:05untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung keputusan Speaker Dewan Rakyat
00:10yang enggan mengisytiharkan empat kerusi Parlimen di Sabah sebagai kosong.
00:15Keputusan Majority 2 berbanding 1 itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan
00:20iaitu Tan Sri Nalini Padmanaden dan Dato' Colin Lawrence Sekira membentuk Majority
00:26manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Azizah Nawawi menyampaikan penghakiman berbeza.
00:34Mahkamah juga mendapati pendirian berkaitan kuasa Speaker untuk menentukan kekosongan luar jangka
00:39telah menjadi undang-undang yang mantap.
00:42Sehubungan itu, Mahkamah mengutuskan tiada asas untuk membenarkan kebenaran merayu
00:46selain peluang kejayaan dianggap tidak realistik.
00:49Dalam penghakiman berbeza, Hakim Azizah Nawawi berkata
00:52perkara 49A merupakan undang-undang anti-lombat parti yang bertujuan
00:56menghalang ahli Parlimen menukar sokongan politik selepas dipilih.
01:00Kes ini berpunca daripada permohonan semakan kehakiman
01:03yang difilkan pada April 2023 oleh Naik Presiden Bersatu,
01:07Dato' Sri Ronald Kiandi dan Dato' Kapten Besara Mohamad Suhaimi Yahya.
01:12Ia melibatkan empat ahli Parlimen Sabah iaitu Dato' Armiza Mama Ali,
01:15Khairul Firdaus Akbar Han, Dato' Jonathan Yassin dan Dato' Mad Madri Busah
01:20yang sebelum ini merupakan ahli Bersatu.
01:23Bagaimanapun, permohonan Bersatu ditolak oleh Mahkamah Tinggi
01:25pada November 2023 dan keputusan itu turut dikekalkan
01:29di Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun lalu
01:31sebelum dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended