Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengesahkan penarikan diri daripada puluhan organisasi antarabangsa termasuk beberapa agensi PBB susulan semakan semula penglibatan global Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Pentadbiran Amerika Syarikat, Donald Trump akan menarik diri daripada menganggutai puluhan organisasi antarabangsa termasuk agensi populasi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, PBB, dan perjanjian PBB yang menetapkan rundingan iklim antarabangsa.
00:17Tindakan itu disifatkan sebagai satu langkah yang semakin menjauhkan Amerika Syarikat daripada kerjasama global.
00:23Trump pada Rabu menandatangani perintah eksekutif yang menangguhkan sokongan Amerika kepada 66 organisasi, agensi, dan suruan jaya susulan arahan beliau kepada pentadbirannya untuk menilai penglibatan dan pembiayaan terhadap semua organisasi antarabangsa.
00:41Media antarabangsa melaporkan, kebanyakan sasaran adalah agensi, suruan jaya dan panel penasihat PBB yang memberi tumpuan kepada isu iklim, buruh dan perkara lain yang dikategorikan oleh pentadbiran Trump sebagai menyokong inisiatif WOK dan kepelbagaian.
00:58Sebelum ini, pentadbiran Trump telah menangguhkan sokongan terhadap agensi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, agensi PBB untuk pelarian Palestine, UNRWA, Majlis Hak Asasi Manusia, PBB, dan agensi kebudayaan UNESCO.
01:14Selaras dengan pendekatan alakat dalam menyalurkan sumbangan kepada badan dunia, memilih operasi dan agensi yang dianggap selari dengan agenda Trump dan menolak yang tidak lagi berkhidmat kepada kepentingan Amerika.
01:28Langkah ini menandakan perubahan besar berbanding pentadbiran terdahulu sama ada Republikan atau Demokrat dalam pengurusan hubungan dengan PBB dan memaksa badan dunia tersebut yang sedang melalui penstrukturan dalaman mengambil tindakan termasuk pengurangan kaki tangan dan program.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended