Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden AS, Donald Trump memaklumkan pentadbirannya berhasrat melarang pelabur institusi besar membeli rumah keluarga tunggal bagi mengekang kenaikan harga perumahan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan pentadbirannya sedang mengambil langkah untuk melarang pelabur institusi besar daripada membeli rumah keluarga tunggal.
00:09Tegasnya ia sebagai usaha menurunkan harga perumahan yang semakin meningkat.
00:14Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beliau akan menggesa Kongres supaya menggubal undang-undang bagi menguatkuasakan langkah berkenaan.
00:24Menurutnya, pemilikan rumah yang sebelum ini dianggap sebagai kemuncak impian Amerika kini semakin sukar dicapai oleh ramai rakyat khususnya golongan muda.
00:34Ia susulan inflasi pada baras tertinggi yang didakwanya berpunca daripada dasar pentadbiran Joe Biden dan Demokrat di Kongres.
00:42Trump turut menegaskan bahawa pembelian rumah oleh korporat besar menyumbang kepada kenaikan harga hartanah.
00:48Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan akan membincangkan isu itu termasuk cadangan tambahan berkaitan perumahan dan kemampuan memiliki rumah
00:56dalam ucapannya pada Forum Ekonomi Dunia di Davos dalam tempoh dua minggu lagi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended