NADI di Johor menjalankan penilaian keselamatan termasuk kawalan akses dan pemantauan fizikal bagi mengekang kejadian pecah masuk serta memastikan kelangsungan perkhidmatan komuniti.
00:00Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi di Johor kini sedang melaksanakan penilaian keselamatan di pusat berkenaan susulan siri kejadian pecah masuk dan kecurian yang berlaku di negeri itu tahun lepas.
00:13Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan langkah itu merangkumi penambahbaikan kawalan akses, pengukuhan, pemantauan fizikal serta pelaksanaan program kesedaran keselamatan yang lebih bersasar di peringkat komuniti.
00:30Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan risiko kejadian berulang, meningkatkan kesiap siagaan petugas serta memperkukuh peranan komuniti setempat dalam usaha pencegahan jenayah.
00:44MCMC memaklumkan bagi tempoh antara September hingga Disember 2025, 13 kejadian pecah masuk melibatkan nadi telah direkodkan di Johor yang mengakibatkan kehilangan wang tunai serta kerosakan aset.
00:56Insiden tersebut menurut MCMC bukan sahaja menjejaskan keselamatan fasiliti awam, malah turut memberi kesan kepada kelangsungan operasi harian nadi serta penyampaian pengkhidmatan kepada komuniti setempat.
01:09Dalam pada itu, MCMC turut merakamkan penghargaan kepada polis di Raja Malaysia PDRM khususnya Jabatan Penjagaan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK,
01:21Kontingen Johor serta Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Pontian atas tindakan pantas menahan suspek.
01:27Tindakan bersepadu ini jelasnya membolehkan siasatan dijalankan dengan pantas serta mengenalpasti pola kejadian pecah masuk yang berlaku secara berulang di beberapa lokasi nadi di Johor,
01:40sekaligus mengekang risiko berterusan terhadap keselamatan fasiliti awam dan operasi perkhidmatan komuniti.
Be the first to comment