Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang wanita warga asing mengaku membuat laporan palsu mendakwa disamun di Genting Highlands selepas mengalami kerugian RM10,000 akibat berjudi bagi mengelak dimarahi teman lelaki.
Transcript
00:00Seorang wanita warga asing bertindak membuat laporan palsu kononnya disamun di sebuah hotel kerana bimbang dimarahi teman lelaki selepas kalah judi di Genting Highlands pada Selasa.
00:11Sesulan itu, Ketua Polis Daerah Bentung, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berusia 25 tahun itu membuat laporan mendakwa disamun RM10,000 di hadapan lift sebuah hotel di Genting Highlands pada jam 5.30 petang.
00:25Katanya, berdasarkan laporan, wanita itu mendakwa disamun dua wanita warga asing.
00:31Jelasnya, dalam satu kenyataan, polis melakukan siasatan dan semakan rakaman kamera lita tertutup CCTV di hotel berkenaan mendapati tiada kejadian samun seperti didakwa.
00:43Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati wanita itu bermain judi di pusat perjudian di Genting Highlands dan mengalami kerugian sebanyak RM10,000.
00:51Bagi mengelak dimarahi teman lelaki, dia membuat laporan kononnya disamun.
00:57Zaiham berkata, susulan maklumat itu pegawai penyiasat kes membuat laporan terhadap wanita terbabit kerana membuat laporan polis palsu.
01:06Katanya, siasatan juga mendapati wanita terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika siasatan dijalankan.
01:13Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanon Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa sah di sisi undang-undang.
01:24Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
01:31Selain itu, wanita terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
01:45Wanita itu boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan di bawah Akta Berkenaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended