Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Selama hampir tiga dekad, dua buah rumah di Taman Hijau, di Rawang bukan sekadar binaan batu dan simen, sebaliknya menjadi satu-satunya tempat bergelar ‘mahligai' buat ratusan anak-anak yang kehilangan kasih sayang keluarga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selama hampir tiga dekad, dua buah rumah di Taman Hijau di Rawang bukan sekadar binaan batu dan simen.
00:07Sebaliknya menjadi satu-satunya tempat bergelamah ligai buat ratusan anak-anak yang kehilangan kasih sayang keluarga.
00:14Namun hari ini masa depan 54 kanak-kanak perempuan yang menetap di Pesatuan Kebajikan Sri Sarada Devi Ilam terumbang ambing.
00:24Apabila kediaman yang mereka diami bakal dijual pemiliknya.
00:27Esro Awani pernah merakamkan detik-detik indah bersama kanak-kanak ini sempena sambutan di Pavali dua tahun lalu.
00:36Ketika ini persatuan kebajikan itu menyewa dua unit rumah bersebelahan.
00:41Namun salah seorang pemilik unit utama mengambil keputusan untuk menjuangnya dan berhijrah ke luar negara.
00:46Presiden Sri Sarada Devi Ilam Dr. A. Kumaran berkata pemilik itu menawarkan rumah tersebut kepada pihak kebajikan pada harga RM800,000.
00:54nilai yang dianggap munasabah berdasarkan pasaran kawasan.
00:58Balangnya tempoh yang diberikan amat singkat iaitu hanya sehingga 31 Januari ini.
01:02Justeru pihak pengurusan melancarkan kampen kutipan dana sejak 10 Dizem berlalu dan setakat ini berjaya mengumpul kira-kira RM400,000.
01:10Baki hampir RM400,000 masih diperlukan sebelum hujung bulan ini untuk membolehkan rumah itu dibeli secara kekal.
01:16Bagi 54 kanak-kanak ini, walaupun masa terus berlalu, ia bukan soal pilihan tetapi bermakna untuk segala-galanya.
01:23Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun RHB Persatuan Kebajikan Sri Sarada Devi Ilam seperti tertera.
01:31Walaupun sumbangan kecil serendah RM10, ia sudah memadai untuk memberi sinar harapan dan masa depan yang lebih baik kepada kanak-kanak ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended