Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pakar pelaburan menegaskan kepelbagaian pelaburan penting bagi melindungi aset, mengurangkan risiko kerugian dan memastikan strategi selari dengan matlamat kewangan serta tahap toleransi risiko.
Transcript
00:00Dalam pada itu, pakar pelaburan berpandangan kepelbagaian dalam pelaburan adalah langkah penting bagi melindungi aset dan mengurangkan risiko kerugian.
00:10Menurut Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Dr. Mohd Fazli Sabri, kepelbagaian bermakna pelabur tidak meletakkan semua wang atau aset dalam satu kelas pelaburan sahaja.
00:21Beliau berdekaskan bahawa tujuan utama diversifikasi bukan semata-mata untuk menjadi kaya tetapi bagi mengurangkan risiko kerugian.
00:30Yang pentingnya adalah kita kena harus tahu dulu beberapa perkara terutamanya saya tengok dari segi tahap risiko pelaburan itu sendiri.
00:42Sebab kita kena tahu tahap pelaburan risiko itu kemudian dari segi apakah matlamat kewangan kita tadi itu.
00:50dan itu benda-benda yang menjadi perkara yang penting.
00:54Selain daripada itu, kita juga harus mempunyai pengetahuan.
00:58Sebab bila bercakap tentang soal pelaburan, macam saya kata tadi, ini sudah pasti ada risiko.
01:02Risikonya adalah dari segi kerugian. Kita cuba nak minimiskan.
01:05Tapi ini yang menjadi masalahnya bila dalam keadaan sekarang ini kita dimomokkan dengan pelbagai melabur sana, melabur sini, ikut kawal dan sebagainya itu.
01:15Itu benda yang sangat-sangat berbahaya.
01:17Jadi dalam konteks ini kita perlu melihat, saya nyatakan tadi bahawa yang paling pentingnya apa tujuan juga matlamat kita untuk melabur,
01:24ke mana pelaburan kita dan sejauh mana tahap tolerasi risiko kita.
01:30Sama ada kita ni konservatif, sama ada kita ni moderate ataupun agresif.
01:34Ini benda yang pentingnya.
01:35Dalam badan itu, beliau menekankan bahawa pelabur perlu memahami tahap risiko pelaburan masing-masing serta matlamat kewangan yang ingin dicapai.
01:43Beliau menambah sebelum membuat sebarang pelaburan, penting untuk menilai sama ada pelabur bersifat konservatif,
01:48sederhana atau agresif agar strategi pelaburan selaras dengan matlamat kewangan dan tahap toleransi risiko.
01:54Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Awani Pagi pada Kamis.
01:58Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended