Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
JPJ akan mempertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang melanggar had muatan dan peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna serta pematuhan undang-undang.
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ akan mempertingkat tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh di seluruh negara terhadap semua kenderaan perdagangan yang ingkar kepada peraturan dan undang-undang jalan raya menerusi operasi lebih muatan tahun ini.
00:16Menurut Ketua Pengarah JPJ, Dato' Adi Fadli Ramli, sepanjang 2025 agensi itu telah memeriksa 1.2 juta kenderaan dengan 240,493 daripadanya telah diambil tindakan manakala 465 disita mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010.
00:40Berbanding tahun 2024, sebanyak 829,392 kenderaan telah diperiksa pada tahun 2024. Jadi pada tahun lepas 2025, 1.2 juta kenderaan diperiksa.
00:58Jadi peningkatan sebanyak 35.5% manakala 126,974 kenderaan telah diambil tindakan iaitu meningkat 47.2% dan berbanding tahun 2024, 69 kenderaan disita.
01:22Beliau berkata demikian selepas mengetuai satu operasi lebih muatan di kawasan rehat dan rawat R&R arah utara Rabu Malam.
01:29Beliau berkata antara kesalahan tertinggi yang direkodkan pada 2025 ialah gagal mematuhi notis arahan pemeriksaan berkala,
01:36tiada lesen vokasional, tidak menyelenggara tayar dengan baik dan tiada lesen memandu kompeten CDL.
01:42Fokus operasi kali ini adalah terhadap kenderaan yang melanggar hak muatan dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan berkaitan penguat kawasan teknikal serta pematuhan penggunaan sistem hak laju.
01:54Ia bertujuan memastikan kenderaan perdagangan beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya.
02:01Edi Fadli berkata pelaksanaan operasi lebih muatan turut disokong dengan audit JISA, laporan pemeriksaan dan audit keselamatan dan JPJ bagi menilai tahap pematuhan keselamatan,
02:11integriti operasi serta pengurangan risiko dalam kalangan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan.
02:16JPJ menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended