Nasihat itu dikeluarkan Wisma Putra susulan krisis yang melanda Venezula berikutan penangkapan Presiden negara itu, Nicolas Maduro oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.
00:00Kementerian Luar atau Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.
00:14Dalam satu kenyataan media pada Rabu, Wisma Putra turut menegaskan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.
00:22Ujah kenyataan tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir pihaknya pada 4 Januari 2016.
00:32Jelas Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana.
00:39Kesemua mereka telah dikenalpasti dan berada dalam keadaan selamat.
00:43Tambah Wisma Putra, ia akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan makluman terkini jika perlu.
Be the first to comment