Rizab pertukaran mata wang asing Indonesia meningkat kepada 156.5 bilion dolar Amerika pada akhir Disember 2025, berbanding 150.1 bilion dolar pada bulan sebelumnya.
00:00Rizal pertukaran matawang asing Indonesia meningkat kepada 156.5 bilion dolar Amerika pada akhir Disember 2025 berbanding 150.1 bilion dolar pada bulan sebelumnya.
00:13Memetik laporan Jakarta Globe, peningkatan ini didorong aliran masuk fiskal yang lebih kukuh dan pembiayaan kerajaan.
00:19Menurut pengarah eksekutif Komunikasi Bank Indonesia, Ramdan Denny Prakoso, kenaikan Rizal pertukaran asing ini terutamanya berpunca daripada penerimaan cukai dan perkhidmatan, penerbitan suku global, bon Islam, kerajaan serta pengeluaran pinjaman kerajaan.
00:36Rizal pada bulan Izember lalu bersamaan 6.4 bulan import atau 6.3 bulan import termasuk pembayaran hutang luar negara kerajaan jauh melebihi penanda aras antarabangsa, sekitar 3 bulan import.
00:52Tambahnya pada tahap ini, Rizal pertukaran asing adalah mencukupi bagi menyokong ketahanan sektor luar negara serta mengekalkan kestabilan makroekonomi dan sistem kewangan.
01:04Bank Indonesia menjangkakan kedudukan luaran Indonesia akan kekal kukuh, disokong Rizal yang mencukupi dan aliran masuk modal asing berterusan.
01:14Ramdan menambah bahawa Bank Pusat akan terus memperkukuh penyelarasan dengan kerajaan untuk memperkuat ketahanan luaran dan menjaga kestabilan ekonomi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Be the first to comment