Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin, memuji tindakan seorang warga emas yang melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
00:00Tindakan seorang nenek melaporkan penglibatan cucunya dengan dadah kepada pihak berkuasa mendapat perhatian Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Salahuddin.
00:11Baginda yang menyifatkan tindakan itu sebagai berani berkenan berangkat meziarahi warga emas itu di Tanjung Dawai, daerah Kuala Muda pada Khamis.
00:19Baginda turut menyifatkan tindakan itu sebagai bertanggungjawab dan wajar dijadikan contoh oleh masyarakat jika berdepan situasi sama.
00:26Baginda bertitah, langkah melaporkan perkara yang tidak betul adalah satu tanggungjawab dari segi agama dan moral kerana ia mampu menyelamatkan individu daripada keadaan yang lebih buruk.
00:36Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hany Ramlan, maklumkan cucu warga emas berusia 29 tahun itu pernah ditahan polis pada tahun 2020, 2023 dan 2024 kerana dadah.
00:49Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 12, Kurungan 2, Akta Dadah Berbahaya 1952.
00:54Media sebelum ini menyiarkan mengenai sepasang warga emas bertindak melaporkan cucunya kepada pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan berulang penyalahgunaan dadah.
Be the first to comment