Bank of Thailand menjangkakan operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Venezuela akan meningkatkan ketidaktentuan global dalam tiga bidang utama ketenteraan, perdagangan dan kewangan pada tahun ini dan tahun hadapan.
00:00Bank of Thailand menjangkakan operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Venezuela akan meningkatkan ketidaktentuan global dalam tiga bidang utama termasuk pertahanan, perdagangan dan kewangan sehingga tahun hadapan.
00:12Memetik laporan Bangkok Post Timbalan Gabenau bagi kestabilan kewangan serta ahli jawatan kuasa Dasar Monetari MPC PT di Syatat berkata ia turut berpotensi mencetuskan fasa baharu perang perdagangan global.
00:24Menurutnya dunia ketika ini berdepan dengan peningkatan ketegangan akibat konflik berlarutan serta penggunaan kuasa ketenteraan yang semakin meluas.
00:33Untuk itu, Washington memainkan peranan penting dalam membentuk semula norma keselamatan global.
00:39Dalam aspek kewangan, operasi ketenteraan tersebut boleh meningkatkan risiko turun naik Dasar Monetari Global dan pasaran kewangan sejajar dengan jangkaan perubahan jawatan pengurusi Rizal Persekutuan Amerika.
00:51Tahun lalu, Dasar Perdagangan Amerika telah mencetuskan perubahan meluas dalam rangkaian pengeluaran global dan struktur perdagangan antarabangsa.
01:00Menyentuh ketegangan antara Beijing dan Washington, beliau berkata hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu mempunyai implikasi langsung terhadap Asia dan Bank Pusat yang sedang memantau perkembangan bagi menilai impak langsung.
01:12PT berkata pertimbangan geopolitik kini semakin mengatasi faktor ekonomi mencerminkan landscape politik global yang sedang berubah dengan pantas.
Be the first to comment