Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Agensi Berita ANTARA melaporkan, status darurat di Aceh susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah itu pada akhir November tahun lalu akan dilanjutkan selama 14 hari lagi, bermula hari ini hingga 22 Januari
Transcript
00:00Status darurat di Aceh, susulan banjir dan tanah runtuh yang melandu wilayah itu pada akhir November tahun lalu akan dilanjutkan selama 14 hari lagi.
00:09Agensi Berita Antara melaporkan status itu bermula hari ini hingga 22 Januari.
00:15Keputusan itu diumumkan oleh Gaberno Aceh, Muzakir Manaf dalam mesyuarat maya yang dipengerusikannya dari Pos Komando Darurat Bencana Aceh di Pejabat Gaberno Aceh pada Khamis.
00:25Katanya lanjutan itu dibuat berdasarkan koordinasi dengan Kerajaan Pusat serta surat daripada Menteri Dalam Negeri bertarikh kemarin berhubung lanjutan status berkenaan.
00:35Beliau berkata keputusan itu diambil dengan mengambil kira usaha tidak balas bencana yang masih berjalan dan keadaan di lapangan termasuk hakikat bahawa beberapa kawasan masih terpinggir serta pergerakan logistik masih terhad.
00:48Gaberno itu menjelaskan bahawa lanjutan tersebut bertujuan memastikan kerja-kerja pembersihan persekitaran, pengagihan bantuan logistik, perkhidmatan kesihatan serta pemulihan akses masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tersusun.
01:02Status darurat itu pertama kali diisytiharkan di Aceh pada 27 November lalu dan kini dilanjutkan sebanyak tiga kali.
01:08Menurut data BNPB, banjir dan tanah runtuh yang melanda Aceh serta dua lagi wilayah di Sumatera iaitu Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November lalu menyebabkan 1,178 mangsa terkorban dan lebih 238,500 orang dipindahkan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended