Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Bacaan terbaharu itu menunjukkan PMI pembuatan global kekal dalam julat 49 hingga 50 peratus untuk bulan ke-10 berturut-turut.
Transcript
00:00Sektor pembuatan global kekal stabil pada penghujung tahun 2025 dengan Indeks Pengurus Pembelian atau PMI Pembuatan Global menurun 0.1% berbanding bulan sebelumnya kepada 49.5% pada Desember.
00:16Menurut data dikeluarkan Peseketuan Logistik dan Pembelian Cina CFLT, bacaan terbaru itu menunjukkan PMI Pembuatan Global kekal dalam Julat 49 hingga 50% untuk bulan ke-10 berturut-turut.
00:32Secara amnya, bacaan di bawah 50% menandakan pengucutan dalam sektor tersebut manakala bacaan di atas 50% menunjukkan pengembangan.
00:42Dari segi wilayah, PMI Pembuatan Asia meningkat berbanding November dengan bacaan naik melebihi 51%.
00:51PMI Pembuatan Eropah pula menurun sedikit dan kekal di bawah paras 50%.
00:57PMI sektor pembuatan Afrika meningkat berbanding bulan sebelumnya dan kembali melepasi paras 50%.
01:04Sementara itu, PMI Pembuatan di Benua Amerika merusut pada Desember turun di bawah 48%.
01:13Menurut CFLP, walaupun sektor pembuatan global mengekalkan corak pemulihan lemah pada Desember, momentumnya masih belum cukup kukuh untuk memberikan sokongan berkesan dan masih memerlukan pengukuhan lanjut.
01:28Perata PMI Pembuatan Global bagi tahun 2025 ialah 49.6% mencatat peningkatan sebanyak 0.3% berbanding 2024.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended