Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad mencatat peningkatan ketara dari segi kebolehpercayaan apabila jumlah gangguan tahunan berjaya dikurangkan kepada hanya 31 kes pada 2025, berbanding 252 kes pada 2022, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Transcript
00:00Perkhidmatan Real Kendalian Prasarana Malaysia Berhad Prasarana menunjukkan peningkatan ketara dari segi keboleh percayaan dengan jumlah gangguan tahunan berjaya dikurangkan kepada 31 kes pada 2025.
00:12Menteri Pengangkutan Anthony Lok berkata pencapaian itu merupakan penambahbaikan signifikan berbanding 252 kes gangguan yang direkodkan pada 2022.
00:24Katanya peningkatan itu diukur melalui indikator Min Kilometer Between Failures atau Purata Kilometer antara kegagalan MKBF menunjukkan satu gangguan berlaku bagi setiap 790,000 km operasi pada 2025 berbanding 60,000 km pada 2022.
00:43Beliau menyatakan peningkatan tersebut mencerminkan hasil penekanan berterusan terhadap penyelenggaraan pembaikan sistem serta pelaksanaan penekatan penyelenggaraan ramalan oleh Prasarana sejak 3 tahun lalu.
00:55Bagi laluan transit aliran ringan Kelana Jaya, Lok berkata prestasi masih belum memuaskan sepenuhnya walaupun tren penambahbaikan jelas dengan 16 gangguan direkodkan sepanjang 2025 berbanding 26 kes pada 2024.
01:12Beliau menjelaskan gangguan ditakrifkan sebagai tren tidak bergerak melebihi 5 minit di stesen yang memberi kesan rantaian kepada operasi stesen seterusnya terutama pada waktu puncak.
01:25Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended