Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Indeks FBM KLCI merekodkan paras tertinggi tahun ini pada Selasa mencecah 1684.53 mata. Adakah prestasi cemerlang ini akan berterusan 2026?
Transcript
00:00Itu berkenaan dengan ringgit, tapi berkenaan dengan bursa pula indeks petunjuk pasaran bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan lebih kukuh pada selasa, paras tertinggi baru untuk tahun ini.
00:10Pada 5 petang selasa, indeks fusi bursa Malaysia KLCI atau FBM KLCI meningkat 3.54 mata kepada 1,684.53.
00:20Prestasi berkenaan dipacu oleh aktiviti belian saat akhir, susulan aktiviti memperilukkan akaun akhir tahun.
00:26Dan hari ini adalah hari terakhir bursa akan didagangan untuk tahun ini dan esok pasaran akan ditutup sempena cuti tahun baru.
00:35Jadi mari kita lihat prestasi FBM KLCI setakat pagi ini.
00:39Baik, kalau setakat pagi ini pada sekitar jam kalau kita lihat, kita refresh balik bagaimana prestasi FBM KLCI untuk setakat pagi ini.
00:51Kalau kita lihat, nilainya adalah paras 1,684.53, naik sedikit 3.5 mata dan 0.21%.
00:59Tapi kalau kita nak tengok bagaimana prestasinya dalam jangka masa seminggu, bermula pada Rabu lepas, ia berlegar-legar antara lebih kurang 1,670 sehinggalah 1,685.
01:11Ini adalah prestasi dalam seminggu. Kita tak dapat lihat banyak beza sangat daripada satu minggu ini.
01:18Tapi hari ini adalah hari yang tertinggi iaitu hampir mencecah 1,685.
01:23Tapi kita nak lihat juga pada hari terakhir ini bagaimana prestasi FBM itu dalam jangka masa satu tahun.
01:31Jom kita lihat bagaimana pergerakan dalam masa satu tahun bermula pada Januari.
01:35Pada awal tahun Januari itu bergerak, kita dapat lihat penurunan graf itu ataupun trend menurun sehinggalah sampai terendah iaitu pada April 2025.
01:46Dan kita dapat lihat kenaikan sedikit memasuki bulan Mei, bulan 5 sehinggalah mencapai kenaikan itu sampai hampir menyamai 1,700 iaitu pada penghujung tahun ini, Desember 2025.
01:58Itu adalah sedikit rangkuman dan juga ringkasan bagaimana pergerakan ataupun trend FBM KLCI untuk setakat tahun ini dan juga hari ini juga adalah hari terakhir untuk haridangan kedua-dua ringgit dan juga bursa Malaysia.
02:10Dan itu sedikit rangkuman yang dapat kita saksikan namun untuk perkembangan lanjut terus ke astroawani.com.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended