Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Bangladesh mengenang pemergian bekas perdana menteri wanita pertamanya, Begum Khaleda Zia, yang meninggal dunia pada usia 80 tahun, dengan tempoh berkabung negara selama tiga hari diumumkan sebagai penghormatan terhadap sumbangan besar beliau kepada demokrasi dan pembangunan negara.
Transcript
00:00Bangladesh berkabung atas pemergian bekas Perdana Menteri Wanita Pertamanya Begam Khalidazia yang meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Selasa selepas lama bergelut dengan masalah kesihatan.
00:15Penduduk Dakar dilaporkan berkumpul di luar sebuah hospital pada Selasa sejurus berita kematian Khalidazia tersebar sebagai tanda penghormatan terakhir kepada tokoh politik yang dianggap antara figura yang paling berpengaruh dalam sejarah negara itu.
00:30Ketua Penasihat Kerajaan Interim Muhammad Yunus mengumumkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula rabu serta mengimbau sumbangan besar Khalidazia terhadap pembangunan dan landscape politik Bangladesh.
00:43Menurut Yunus, dengan pemergian Khalidazia, Bangladesh telah kehilangan seorang pelindung negara yang hebat.
00:50Khalidazia yang dilahirkan pada 1945 di Jalpai Guri, Bengal ketika wilayah itu masih di bawah pemerintahan British merupakan anak kepada ahli perniagaan Iskandar Majumdar dan aktivis sosial Tayaba Majumdar.
01:05Beliau berkahwin dengan Ziaul Rahman pada 1960 dan mula terlibat secara langsung dalam politik negara selepas kematian suaminya yang dibunuh dalam cubaan rampasan kuasa di Citagong pada 1981 ketika berusia 45 tahun.
01:21Beliau kemudiannya memimpin Bangladesh Nasionalist Party BNP dan muncul sebagai antara tokoh wanita paling berpengaruh di Asia Selatan meskipun berdepan tekanan politik yang berpanjangan.
01:34Khalidazia berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama dua penggal dari 1991 hingga 1996 dan sekali lagi dari 2001 hingga 2006
01:44serta memainkan peranan penting dalam memperjuangkan sistem kerajaan sementara yang berkecuali bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil.
01:54Pada 2018, beliau dipenjarakan atas petuduhan rasuah yang menurut partinya bermotifkan politik namun legasi perjuangannya terhadap demokrasi pluralistik dan pemekasaan wanita terus meninggalkan kesan mendalam.
02:07Solat jenazah Khalidah dijadualkan berlangsung di hadapan bangunan Parlimen Bangladesh pada Rabu yang diisytiharkan sebagai cuti umum sebelum jenazah beliau dikembumikan bersebelahan pusara suaminya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended