Kerajaan Malaysia meluluskan usaha baharu pencarian pesawat MH370 yang diterajui firma robotik marin Ocean Infinity dari Texas melalui kontrak “tidak jumpa, tiada bayaran”. Firma itu hanya akan menerima bayaran AS$70 juta jika berjaya menemukan bangkai pesawat.
00:00Kerajaan Malaysia dilaporkan memberi kebenaran bagi meneruskan usaha baru pencarian pesawat MH370 yang akan diterajui firma robotik di Texas pada Rabu.
00:11Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, MOT, firma tersebut hanya akan menerima bayaran 70 juta dolar sekiranya berjaya menemukan bangkai pesawat.
00:21Menerusi kenyataan tersebut juga, MOT menegaskan komitmen kerajaan untuk memberikan penutup kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi ini.
00:31Ocean Infinity hanya akan menerima bayaran sebanyak 70 juta dolar ataupun kira-kira 283.3 juta ringgit sekiranya berjaya menemukan bangkai pesawat berkenaan.
00:44Laporan tempatan memaklumkan fasa baru pencarian dijangka berlangsung sehingga 55 hari dan akan menumpukan kawasan carian lebih kecil iaitu kira-kira 5,800 batu persegi.
00:57Menurut Ocean Infinity, pihaknya akan menggunakan kenderaan bawah air autonomi yang mampu menyelam sehingga 6,000 meter dan kekal tenggelam selama beberapa hari.
01:07Drone ini dilengkapi sonar imbasan sisi beresolusi tinggi, pengimejan ultrabunyi dan magnetometer untuk memetakan dasar laut dalam bentuk 3D serta mengesan serpihan tertimbus dan kesan logam.
01:21Setakat ini, hanya serpihan MH370 pernah ditemui sejak 2015, kurang daripada 30 serpihan termasuk bahagian sayap, gia pendaratan dan badan pesawat yang terdampak di pantai sejauh ribuan kilometer dari Pulau Reunion hingga Mozambik.
01:39Namun begitu, tiada mayat ditemui sehingga kini.
01:42Sementara itu, ahli keluarga mangsa dari China, Australia, Eropah dan negara lain terus mendesak pencarian diteruskan kerana pengesahan penemuan bukan sahaja penting untuk mangsa tetapi juga keselamatan penerbangan global.
01:57Untuk rekod pencarian bagi bangkai, pesawat MH370 kini memasuki tahun ke-12 dengan kini Malaysia sudah memberikan lampu hijau kepada firma robotik di Amerika Syarikat bagi mengendalikan pencarian menerusi kontrak tidak jumpa, tiada bayaran.
02:14Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur selepas tengah malam pada 8 Mac 2014 menuju ke Beijing dalam penerbangan 6 jam yang sepatutnya berjalan lancar.
02:26Kurang daripada sejam kemudian, transponder pesawat itu terpadam menyebabkan Boeing 777 itu hilang daripada radar awam.
02:35Dilaporkan paparan radar tentera kemudian menunjukkan pesawat berpatah balik secara mendadak ke arah barat melintasi semula Malaysia sebelum menuju ke selatan merintasi lautan Hindi yang luas.
Be the first to comment