Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di premis kedai kosong di Batu 15, Jalan Apas, Tawau. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Transcript
00:00Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah premis kedai kosong di Batu 15 Jalan Apas, Tawau pagi semalam.
00:07Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan menyarap dan berbantal, dipercayai sedang tidur ketika meninggal dunia.
00:16Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Husin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 11 pagi
00:24sebelum menggerakkan anggota dari Balai Polis Bandar Seri Indah dan bahagian siasatan jenayah IPD Tawau ke lokasi.
00:31Hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah dan mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat.
00:41Kematian mangsa diisahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Tawau sebelum jasadnya dibawa ke Jabatan Forensik untuk berdasar siasat.
00:54Sampai jumpa di video yang mempunyai maklumat mengenai identiti mangsa atau ahli keluarganya tampil ke Balai Polis Perhampiran.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended