JSPT Bukit Aman mengesahkan tiada insiden pelanggaran berlaku di R&R Jejantas Ayer Keroh seperti yang tular di media sosial. Kehadiran anggota PLUS Ronda hanyalah untuk kawalan trafik bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya.
00:00Baik, tiada kertas siasatan dibuka susulan insiden pelanggaran yang tular di media sosial berlaku di kawasan rehat dan rawat R&R Jejantas Aikroh Ahad Lepas.
00:09Menurut Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik JSPT Bukit Aman, simakam mendapati tiada insiden pelanggaran berlaku membabitkan trailer dan kenderaan lain.
00:18Pihak pengurusan operasi kawasan berkenaan terus mengesahkan perkara itu selepas penelitian dibuat terhadap rakaman video di platform TikTok yang tular.
00:26Rakaman berkenaan menunjukkan anggota bertugas mengarahkan pemandu yang berhenti dan meletakkan kenderaan di kawasan garisan kuning supaya beredar dari lokasi.
00:34Kehadiran anggota pelas ronda ke lokasi adalah bagi menjalankan kawalan trafik untuk memastikan kelancaran aliran kenderaan serta keselamatan pengguna jalan raya.
00:43Tindakan itu diambil kerana laluan susul masuk ke R&R berkenaan merupakan kawasan selekoh dengan bahu jalan dibatasi penghandang besi dan tembok.
00:51Setakat ini, pemilik kenderaan belum membuat sebarang laporan polis.
00:55Susulan itu tiada siasatan dibuka kerana didapati tiada kemalangan atau pelanggaran berlaku.
Be the first to comment