Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Operasi ini sebagai tindak balas terhadap insiden tembak-menembak yang mengorbankan tiga anggota polis di barat laut Turkiye.
Transcript
00:00Polis Turki menahan 357 suspek dalam operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras kumpulan militen Daesh pada selasa.
00:09Operasi ini sebagai tindak balas terhadap insiden tembak-menembak yang mengorbankan 3 anggota polis dan 6 militen di barat laut Turki pada Isnin.
00:19Menteri dalam negeri Turki, Ali Yelikaya berkata operasi berkenaan dilaksanakan serentak di 21 wilayah.
00:27Ia melibatkan selebuan ke atas ratusan lokasi yang disyaki menjadi rangkaian sokongan serta tempat persembunyian kumpulan militen terbabit.
00:35Sebelum operasi berkenaan, polis turut menyerbu 114 alamat di Istanbul dan 2 wilayah lain.
00:41Dalam selebuan itu, polis merampas pelbagai bahan digital serta dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti dan perancangan rangkaian pengganas.
00:51Terdahulu pada Isnin, pertempuran sengit selama 8 jam tercetus di bandar Yalova, selatan Istanbul selepas polis mengepung kediaman yang dipercayai menjadi sarang pengganas.
01:02Susulan konflik berdarah itu, pihak berkuasa mengesahkan 3 anggota polis dan 6 militen maut, malangkada 8 anggota polis serta seorang lagi pegawai keselamatan cedera.
01:12Selain bandar Yalova, polis juga menyasarkan lebih 100 alamat lain pada hari sama yang disyaki menjadi kubu kumpulan militen itu.
01:20Ketika ini, usaha sedang dipergiat bagi mengekang ancaman keselamatan menjelang musim perayaan hujung tahun.
01:26Minggu lalu, lebih 100 individu ditahan pihak berkuasa Turki selepas menerima risikan kemungkinan serangan pengganas di beberapa lokasi sekitar Turki sempena sebutan Krismas dan Tahun Baharu.
01:42Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended