00:00Kementerian Dalam Negeri KDN membuka tempoh khas bagi permohonan kuota penggajian pekerja asing untuk tahun 2025 bermula 19 Januari hingga 31 Mac 2026.
00:12KDN dalam kenyataan memaklumkan permohonan masih boleh dikemukakan sehingga tarikh akhir asal yang ditetapkan sebelum ini iaitu 31 Disember 2025.
00:21Menurut kenyataan itu, tempoh khas berkenaan dibuka untuk permohonan melibatkan semua sektor dan subsektor yang telah diluluskan kerajaan pada 1 Oktober 2025 serta mematuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
00:36Ia turut meliputi permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup yang sebelum ini ditutup lebih awal.
00:46KDN menambah semua permohonan yang diterima sepanjang tempoh khas berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Penyelia Berkaitan untuk pertimbangan tertakluk kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing yang ditetapkan.
00:58Subungan itu, KDN mengingatkan semua majikan supaya mengumumkakan permohonan secara terus tanpa menggunakan perkhidmatan ejen atau pihak ketiga di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing atau OSCM KDN.
01:10Bagi melancarkan urusan permohonan sepanjang tempoh khas itu, majikan perlu membuat janji temu terlebih dahulu melalui laman web rasmi KDN bermula 16 Januari depan.
Comments