00:00Konflik berlarutan di Asia Barat dijangka beri kesan kepada sektor pertanian negara apabila kos baja diunjurkan meningkat antara 15%
00:08hingga 20% berdasarkan penilaian semasa.
00:12Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Naseh berkata kos makanan ternakan turut diunjur meningkat kira-kira 8% susulan gangguan rantaian
00:22bekalan global.
00:23Akmal Nasrullah berkata sektor pertanian dan makanan negara amat terdedah kepada perkembangan tersebut memandangkan 63% keperluan baja negara masih
00:34bergantung kepada impor.
00:36Kesan ini boleh memberi tekanan kepada kos pengeluaran makanan dalam tempoh suku tahun yang berikutnya.
00:42Dalam pada itu katanya pasaran buruh negara kekal stabil dengan kadar penyertaan tenaga buruh pada paras 70.9%.
00:50Bagaimanapun kadar pengangguran meningkat sedikit daripada 2.9% pada Mac 2026 kepada 3.0% pada April 2026.
01:00Menurutnya antara langkah intervensi yang dilaksanakan kerajaan termasuk memperkukuh bantuan dan subsidi bersasar bagi mengurangkan tekanan kos hari hidup rakyat.
01:09Selain itu, kerajaan turut melaksanakan pemantauan harian bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga barangan di samping menyelaras tindakan bersama Petronas
01:18serta pemain industri bagi menjamin kesenambungan bekalan tenaga negara.
Comments