00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT mempergiat usaha memperkukuh hubungan antara universiti awam dan industri bagi meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan negara
00:09yang masih menjadi antara cabaran utama ekosistem inovasi.
00:14Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Sri Zamdu Abdi Kadi berkata, kerajaan memberi pendekanan kepada pendekatan penyelidikan berasaskan impak bagi memastikan setiap
00:25hasil kajian dapat diterjemah kepada nilai ekonomi serta manfaat kepada industri.
00:30Menurut Zamri, pendekatan tersebut berbeza dengan kaedah terdahulu yang kebanyakannya lebih bersifat berasaskan penerbitan semata-mata.
00:39Tetapi kini kita memberikan pendekanan kepada impact driven bagaimana output yang akan dihasilkan daripada penyelidikan yang dibuat dan pendekatan itulah
00:50pun dirubah termasuk dari segi mewujudkan ekosistem yang lebih baik dalam hubungan antara industri dan juga universiti.
01:00Zamri berkata dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini KPTA telah melaksanakan pelan strategik dengan memberi fokus kepada penyelidikan yang mampu
01:08menyelesaikan cabaran industri dan masyarakat bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada output akademik.
01:15Semua IPTA dan khususnya kepada lima buah universiti penyelidikan terus diperkasakan untuk menerajui penyelidikan bertaraf global dalam bidang-bidang kritikal.
01:29Seperti keterjaminan makanan, teknologi hijau, kecerdasan buatan dan kejuruteraan termaju atau advanced technology.
01:39Jelasnya langkah itu menyaksikan lebih 200 produk hasil penyelidikan universiti awam berjaya dikomersialkan manakala 286 teknologi dan pengetahuan dilesenkan kepada
01:50pihak industri dalam tempoh 2022 hingga 2024.
01:55Zamri berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr. Wee Jack Seng mengenai strategi kementerian dalam
02:04memacu penyelidikan dan pembangunan R&D berimpak tinggi di institusi pengajian tinggi awam IPTA termasuk aspek dasar pembiayaan mekanisme pemindahan
02:15teknologi kepada industri dan pencapaian pengkomersialan inovasi dalam tempoh tiga tahun lepas.
Comments