00:00SK Hynix mencipta sejarah apabila mengatasi Samsung Electronics sebagai syarikat tersenarai paling bernilai di Korea Selatan,
00:08sekaligus menamatkan dominasi pesaingnya yang bertahan sejak tahun 2000.
00:12Saham SK Hynix meningkat 5.7%, menjadikan nilai pasarannya mencecah 2,082.5 triliun won,
00:22sedikit mengatasi Samsung Electronics yang bernilai 2,081.3 triliun won.
00:32Kejayaan itu menandakan kebangkitan luar biasa SK Hynix yang pernah berdepan krisis hutang hampir dua dekad lalu
00:38sebelum muncul sebagai peneraju global dalam pengeluaran cip memori berprestasi tinggi.
00:43Syarikat itu kini menjadi pembuka utama cip High Bandwidth Memory atau HBM
00:48yang digunakan dalam sistem kecerdasan buatan oleh pelanggan utama termasuk Nvidia dan Google.
00:54Ledakan permintaan global terhadap teknologi AI telah melonjakkan harga saham SK Hynix lebih 340% tahun ini
01:02sekaligus meletakkannya di hadapan Samsung Electronics dan juga pengeluar cip Amerika, Micron Technology.
01:09Berbeza dengan Samsung yang turut menghasilkan cip logik serta produk pengguna seperti telefon pintar dan televisyen,
01:15SK Hynix memberi tumpuan utama kepada cip memori, segmen yang kini menikmati pertempuan pesat hasil revolusi AI global.
Comments