Skip to playerSkip to main content
Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata episod kemelut politik di Perlis yang menyaksikan wakil rakyat daripada BERSATU, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar, hakikatnya hanya merugikan parti itu. Jelasnya, akibat percaturan kuasa ini, tiada jaminan BERSATU akan mendapat sokongan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Jadi dalam politik Perlis ini saya lihat pihak yang rugi sebenarnya adalah Bersatu kerana walaupun Bersatu dapat menguasai negeri Perlis di mana Menteri Besar dilantik daripada adungnya tetapi sampai bila?
00:20Adakah pilihan raya ke-16 akan datang, politik akan datang, Bersatu masih boleh mengharapkan PAS menghulurkan kepercayaan sepenuhnya setelah apa yang berlaku di negeri Perlis ini?
00:33Walaupun ada Pemimpin Bersatu menyatakan ini sekadar pergeseran sesama di dalam satu ada yang disebutnya ribut dalam cawan ada disebut begitu di beda sosial
00:49Tapi sebenarnya kalau kita lihat kepada respon Pemimpin PAS, pada saya ini satu kebimbangan bahawa apakah yang berlaku sekiranya kepimpinan bersatu tidak bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kepada Pemimpin PAS
01:07Bincang bersama apakah yang berlaku ini, apakah solusinya kerana walaupun sebelum ini saya membayangkan
01:14Namun saya agak simpati terhadap PAS kerana apa PAS ini tidak ada tuah dalam politik gabungan di Malaysia
01:22Semenjak 1970, mereka menyertai barisan nasional kemudiannya mereka keluar daripada barisan nasional
01:28Mereka menyertai barisan alternatif pada tahun 1999, hilang barisan alternatif
01:34Pakatan Rakyat pun sama, kemudiannya sekarang Perikatan Nasional
01:38Maka PAS ini bagi saya dia tak boleh duduk dalam gabungan mana-mana parti politik
01:42Dan PAS bagi saya perlu duduk dalam keadaan ataupun status solo untuk memastikan bahawa mereka itu mampu untuk bergerak
01:51Atas kapasiti dan atas kaki sendiri untuk bersaing dalam politik Malaysia
01:57Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended